Pages

March 21, 2011

Hikayat sebuah sejarah Melayu...



"Sampai masa, tibanya waktu,  
Redup hati kalung berdua, 
Bila dua jasad bersatu, 
Dua hati jadi bersatu"

Bermulanya ia dengan seorang pendeta yang menggelarkan dirinya Sultan Muzaffar Syah, menceritakan hikayat seorang raja yang digelar Merong Mahawangsa. Secara jujurnya, aku tidaklah mempunyai ilmu yg mengcukupi untuk mengkritik sebuah cerita epic yang berstatus hikayat ini. Kurangnya bacaan dalam bahan sejarah Melayu antara sebab mengapa aku tidak mempunyai ilmu yang banyak berkaitan hikayat ini. Secara amnya, Hikyat Merong Mahawangsa mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada tahun 120, Empayar Rom yang ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara negara China, Dinasti Han merupakan empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda telah menculik puteri tersebut dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam pertempuran dengan Geruda, Merong telah cedera parah dan dia telah diselamatkan oleh Kesum yang telah meramalkan tentang kehadiran seorang raja yang bakal menyelamatkan kampung mereka.
Bukannya mahu mengherdik kata, 
Apatah lagi menghina dusta, 
Kataku ini tiada gunanya, 
Hanya sebagai luahan sahaja.

Pendukung utama seorang manusia,
Wataknya berat sebagai raja,
Mungkinkah ia kerana asalnya,
Bahasa yang indah menjadi biasa.

Bahasa Melayu sungguh indah,
Indahnya bagai purnama diangkasa,
Hanya seorang bijak bermadah,
Wataknya Kesum memberi makna.

China sebuah negara yg perkasa,
Rom juga tidak kurangnya,
Bersatu mereka atas nama cinta,
Langkasuka jua tempat pertemuannya.

Baiklah sampai disitu saja pantun aku yang tidak seberapa itu, diharap tiba ilham menggunung. 
Secara jujurnya, cerita epik yang digarap oleh KRU masih lg boleh diperbaiki dari segi mutu bahasanya, pemilihan pelakonnya, busananya dan penceritaanya. Bahasa yang digunakan tidak menggambarkan zaman ianya berada. Bahasa yang sedikit moden dan tidak dilontarkan dengan sempurna oleh barisan pendukungnya. Para pendukung yang boleh digilap bakatnya supaya berkesan lagi lakonannya. Busananya yang tidak seperti berada di zaman ketikanya dan tidak sesuai. Jalan penceritaan yang sedikit tidak teratur, dengan sekelip mata sahaja ianya bertukar ganti. Tidak mengapalah kerana ianya merupakan karya epik pertama yang menggunakan teknologi yang jauh kehadapan didalam pembikinannya. 

Sejuta tahniah kepada KRU Studio diatas usahanya menaikkan martabat sejarah masyarakat Melayu.



2 comments:

hypersyaza said...

pandai awk berpantun :)

syamean said...

pandai ke??biase2 je nie...
mencoba utk berpantun...