Pages

May 8, 2011

siapa aku

salam...siapa aku?
persoalan besar yang bermain dibenak fikiranku ini...

siapakah aku yang diberi nama Mohd Syamin ini?
atau apakah aku? kenapakah aku?

kadang kala hidup ini bagaikan tiada erti...
kadang kala seperti keseorangan di dunia ini...
kadang kala bagaikan tidak mengerti mengapakah semua ini berlaku...
kadang kala persoalan ini begitu membunuh perasaan ini...
kadang kala segala pengorbanan yang telah dilakukan seperti sia-sia...
kadang kala semua ini benar-benar memberikan perasaan marah...

siapakah aku?
adakah aku benar?
adakah aku salah?
mengapa aku dilayan sedemikian rupa?
hinakah aku dipandangan mata?
bencikah aku dipandangan mata?
mengapakah setiap kata-kataku bagai tiada makna?
penat lelahku bagaikan tiada ertinyakah?
tidak bergunakah aku di mata masyarakat?
salahkah perbuatanku itu?
dimanakah salahnya?

penat aku dgn semua itu...
menahan hati yang kecewa dari terus terluka...
sendirian aku berhadapan dengan semuanya...
kecewanya bukan kepalang...

apa lagi yang harus aku lakukan?
perlukah aku mendiamkan diri?
menyembunyikan diri?
menyisihkan diri?
atau aku melarikan diri dari semuanya?

kesal dengan diri...

May 6, 2011

melabur untuk diri

apekah? melabur?
ape nie?
bukan ape...just nk mempromote something kt belog nie...
promosi...padahal xde keje...

rasenye dh ramai yg dgr pasal Uniqlo...
ape itu Uniqlo??

Uniqlo Co., Ltd. (株式会社ユニクロ Kabushiki-gaisha yunikuro) is a Japanese casual wear designer, manufacturer and retailer.Originally a division of Fast Retailing Co., Ltd., on November 1, 2005, Uniqlo Co., Ltd. Uniqlo is Japan's leading clothing retail chain in terms of both sales and profits.[citation needed] The company also operates in China, Hong Kong, South Korea, the United Kingdom, France, the United States, Singapore, Taiwan, Russia and Malaysia.

well...kt Malaysia nie lmbt sket nk bukak nye...biase la...
store pertama bukak kt Fahrenheit88 a.k.a KL Plaza...
arini ( 6 May 2011) second store dibukak kt Suria KLCC...
kecik je store nie...beratur xde la lama sgt...ramai gak la..
ape yg aku bli???
this one...



It is a special edition of Uniqlo One Piece....rare wooooo.....
siap ade org jeles aku bli baju nie...hehehe...

for more info...
ketik la link ini...

p/s: tgh tgk maharaja lawak and glee episod 20 Rumours

May 5, 2011

dilahirkan sebegini rupa??

SalaM

apakah yg dimaksudkan dgn dilahirkan sebegini rupa?
adakah dgn rupa kita?perangai kita?diri kita?
apa?

Glee episod 18 musim kedua...
"born this way"

merupakan 'penghormatan" kepada si Lady Gaga...
jalan cerita yg cukup menarik perhatian kerana mengisahkan tentang diri seseorang itu...
perubahan yang sanggup dilakukan demi diri diterima oleh semua...
itu satu soalan ditimbulkan dalam episod kali ini...
tidak mahu mempersoalkan tentang isi cerita yang melibatkan isu seksualiti...
tapi saya hanya mahu bercerita tentang konsep "born this way" dan senarai lagunya...
mmg ramai yang dilahirkan dengan rupa paras yg cantik hasil dari sumbangan ilahi...
dengan perwatakan yang menarik semua...
tetapi lagi ramai yang dilahirkan dengan rupa paras yg sederhana...
 tetapi itu semua anugerah ilahi...
hanya Dia lah yang mampu menilai baik buruk sesebuah ciptaanNya...
tiada yg buruk rupanya parasnya melainkan sifat peribadinya...
jadi tidak perlu risau akan rupa paras...
kerana ia hanya bersifat sementara...

TLC - Unpretty



cuba hayati bait-bait lagu ini...
sungguh bermakna...

Keane - Somewhere only we know



antara lagu yang digunakan didalam episod kali ini...
juga antara lagu kegemaranku...


baiklah sampai disini sahaja...
jumpa lagi...

p/s: tak sabar rasanya mahu menonton episod ke 19 yang berjudul "Rumours"