Apa khabar saudara/i di sana?
Sudah lama rasanya saya tidak mengemaskini laman blog ini.
Minta maaf kerana saya sudah mula bekerja.
Walaupun hanya sekadar kerja sementara.
Setiap hari berasa sangat letih dan sakit-sakit badan.
Oh ya, Umat Islam di dunia sudah mula menjalani ibadah puasa.
Justeru itu saya ingin mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa".
Semoga ramadan kali ini akan bertambah imannya.
Bulan puasa ini saya bercadang seperti mahu menurunkan berat badan,
tetapi nampak gayanya seperti tidak mungkin akan berlaku.
Ini mungkin disebabkan nafsu makan yang tinggi ketika berbuka puasa.
Saya berharap agar berat badan ini akan turun sepanjang bulan yg mulia ini.
Baiklah, ini sahaja yang ingin saya kongsikan bersama-sama kamu semua.
Harap-harap agar kita dapat bertemu di hari lebaran kelak.
p/s: buat gile dgn tahip dlm bahasa melayu formal....heheh...
1 comment:
samat berp0se.. :)
Post a Comment